Thursday, April 17, 2008

Kepulangan Azreen dan Kijang Care

Bila membaca berita tentang kepulangan Azreen, aku rasa terpanggil untuk menulis di blog ini. Husam Musa, Alex, Kijang Care dan Migrant Care adalah hero bagi aku walaupun media arus perdana belum tentu nak iktiraf usaha ini. Tanpa perlukan balasan dan curahan wang ringgit yang banyak tetapi dengan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi, golongan inilah yang telah berjaya membuktikan bahawa usaha murni dan bersungguh-sungguh itu pasti akan membawa kejayaan. Siapa itu Alex? Nama yang tak pernah aku dengar tiba-tiba bekerjasama dengan Husam Musa. Ini satu lagi bukti bahawa kerja yang baik tidak mengira kulit bangsa atau agama. Walaupun Azreen itu bukan sesiapa di mata MB N9, tetapi dia adalah rakyat Malaysia yang perlu dibantu. Itulah tanggungjawan kerajaan, membantu rakyat yang dalam kesusahan. Jika inilah yang ditunjukkan oleh kerajaan N9, maka aku tak hairan jika orang N9 sendiri yang akan membakulsampahkan juak-juak ini ke dalam longkang.

Tahniah kepada Dato' Husam, Alex and team kerana berjaya membuktikan bahawa hanya kesungguhan tanpa mengharap balasan adalah kunci kejayaan. Tunjukkan kepada "mereka" bahawa ini adalah permulaan kepada landasan yang panjang untuk bergerak ke arah generasi Malaysia yang berganding bahu tanpa mengira warna, bangsa atau agama.


Tokcheh.
18 Apr
11.50 am

No comments: