Friday, April 11, 2008
Khir Toyo jadi blogger
Hari ini aku surfing blog ex-MB Selangor. Ada kenyataan beliau berkenaan isu babi yang sedang hangat dimainkan oleh media arus perdana. Kenyataan yang dikeluarkan di dalam blognya agak moderate dan mengakui keperluan kerajaan negeri untuk menjadikan penternakan babi lebih mesra alam dan mesra agama. Cuma kenyataan ini tidak disiarkan di media milik UMNO. Ex-MB ini kena akui bahawa BN telah gagal untuk menyelesaikan masalah babi dan kena la beri peluang pada kerajaan baru untuk meyelesaikannya. Kalau tak saya ingat 50 tahun lagi baru nak selesaikan. Sampai bila kita nak bertahan dengan bau busuk dan pencemaran air yang berlaku? Orang Kuala Langat kena la rasional sikit, kalau tak bagi buat kamulah yang terpaksa menderita pencemaran ini. Tokey babi peduli apa, lagi kerajaan tak baut apa-apa lagi dia suka. Orang Kuala Langat nak camtu? Fikir-fikirkanla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment